Jawatan Kosong 2012
- Isnin, 16 Januari 2012
- Ditulis oleh Administrator
MOCCIS merupakan salah sebuah koperasi berdaftar di Malaysia yang telah ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada 4.7.1934. Selaras dengan perkembangan koperasi ini, kami memerlukan calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-
JAWATAN : PENGURUS BESAR
SYARAT LANTIKAN :-
· Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kewangan, pengurusan perniagaan, ekonomi dari universiti yang diiktiraf atau yang setaraf dengannya.
· Berpengalaman tidak kurang dari 8 tahun dalam mengendalikan tugas-tugas pengurusan, Perancangan Korporat & Strategik, Kewangan Korporat dan aktiviti pemantauan dengan keupayaan untuk menilai semula prestasi kewangan, menetapkan hala tuju strategik Koperasi.
· Keutamaan kepada calon-calon yang berpengalaman dalam pengurusan koperasi, berpengetahuan mengenai garis panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akta Pekerjaan 1955 dan lain-lain garis panduan berkaitan.
· Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan fasih.
· Umur tidak kurang 40 tahun.
· Gaji boleh dirunding tertakluk kepada kelayakan dan pengalaman.
Calon-calon yang berminat diminta menghantar permohonan dengan menyertakan resume, salinan kad pengenalan, sijil-sijil, transkrip akademik dan gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:-
Bahagian Pentadbiran
Koperasi Pegawai-pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS)
No. 27-3, Jalan Jelatek 2, Pusat Perniagaan Jelatek
Off Jalan Jelatek, PS 12548, 50782 Kuala Lumpur.
Laman web : www.moccis.org.my
No. Tel.: 03-42604227
atau email ke:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
TARIKH TUTUP : 17 Februari 2012
MAKLUMAN :
1. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga.
2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh akhir temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.



