Keanggotaan
- Khamis, 08 September 2011
- Ditulis oleh Administrator
Bagaimana untuk menjadi anggota MOCCIS?
Keanggotaan adalah terbuka kepada semua Pegawai Melayu dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Eksekutif serta Kumpulan Sokongan (Kategori V dan VII) atau yang setaraf dengannya yang berkhidmat dengan :-
Kerajaan Persekutuan Negeri dan Kerajaan Tempatan
Badan-badan Berkanun atau
Syarikat-syarikat milik Kerajaan atau
MOCCIS atau subsidiarinya atau
Syarikat swasta yang mendapat kelulusan lembaga atau
Pegawai yang berkhidmat dengan Badan yang menyertai Skim Ansuran Murabahah
Faedah & Kemudahan Anggota
1. Skim Pembiayaan i-Aslah
- Pembiayaan mengikut hukum syarak dengan had maksimum sehingga RM 100,000.00 dan tempoh bayaran balik pembiayaan sehingga 10 tahun untuk skim i-Aslah (peribadi). Caj yang dikenakan juga adalah berpatutan. (5.7% - semasa)
2. Kelonggaran Mengekalkan Keanggotaan selepas Persaraan
- Selepas persaraan, anggota MOCCIS masih boleh mendapat faedah seperti biasa dengan syarat-syarat tertentu. Anggota MOCCIS yang telah bersara masih boleh mengeluarkan idea dan pendapat untuk kepentingan bersama.
3. Dividen/Bonus Atas Simpanan
- MOCCIS mengenakan yuran anggota (simpanan) RM50 dan dividen/bonus akan diberikan mengikut peratus simpanan.
Sila muat turun dan lengkapkan Borang Keanggotaan di bawah:
Seterusnya, hantar Borang Keanggotaan anda kepada :-
Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu
Malaysia Berhad (MOCCIS)
NO.27-3, Jelatek Business Centre,
Jalan Jelatek 2, Off Jalan Jelatek,
54200 KL,WP
Bagaimana anda mengenali MOCCIS?






![]() | Hari Ini | 25 |
![]() | Semalam | 57 |
![]() | Minggu Ini | 304 |
![]() | Minggu Lepas | 736 |
![]() | Bulan Ini | 3378 |
![]() | Bulan Lepas | 23585 |
![]() | Keseluruhan | 177145 |












