Wasiat
- Khamis, 08 September 2011
- Ditulis oleh Administrator
Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.
Syarat-Syarat
Wasiat Islam
- Pembahagian harta pusaka boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui Faraid
- Hanya satu pertiga daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwariskan. Dua pertiga daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.
- Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.
Wasiat Bukan Islam
- Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
- Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958.
Penulisan, Penyimpanan & Perlaksanaan
Amanah Raya Berhad
Fi Perkhidmatan
- Wasiat Islam : RM350
- Wasiat Bukan Islam : RM350
Faedah Penulisan Wasiat
- Memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian
- Menzahirakan hasrat pengagihan harta untuk tujuan kebajikan dan keluarga tersayang.
- Menjamin masa depan insan yang anda sayangi dengan pembahagian yang dihasratkan.
- Perlantikan Penjaga yang dipercayai bagi menjamin kebajikan dan kepentingan anak-anak bawah umur selepas kematian.
- Mengurangkan beban-beban yang terpaksa ditanggung oleh waris-waris yang ditinggalkan.
Bagaimana anda mengenali MOCCIS?
Kami ada 2 tetamu online






![]() | Hari Ini | 25 |
![]() | Semalam | 57 |
![]() | Minggu Ini | 304 |
![]() | Minggu Lepas | 736 |
![]() | Bulan Ini | 3378 |
![]() | Bulan Lepas | 23585 |
![]() | Keseluruhan | 177145 |












