Soalan Lazim

on . Posted in Maklumat

PERSOALAN YANG SERING DITANYA (FREQUENTLY ASKED QUESTION) MENGENAI PRODUK ASLAH-i MOCCIS.

Siapakah yang boleh memohon Pembiayaan Aslah-i MOCCIS?

Kakitangan kerajaan, badan berkanun, syarikat milik kerajaan (GLCs) dan syarikat swasta yang terpilih. Pemohon mestilah berumur sekurang kurang nya 21 tahun serta tidak melebihi 53 tahun pada tarikh permohonan dan telah berkhidmat lebih dari 1 tahun dan status jawatan adalah tetap. Umur pemohon tidak boleh melebihi 55 tahun pada tarikh akhir bayaran balek pembiayaan.Bagi kakitangan kerajaan yang bersara pada umur 58 tahun, mestilah berumur tidak melebihi 55 tahun pada tarikh permohonan diluluskan. Gaji minima ialah RM1,000. Pemohon disyaratkan menjadi anggota MOCCIS terlebih dahulu.


Berapakah pinjaman maksima yang boleh diambil ?

Pinjaman maksima adalah sebanyak 25 kali gaji kasar atau pun RM 100,000 yang mana lebih rendah tertakluk kepada kelayakan. Had minimum dibenarkan ialah RM 2,000.


Adakah pembiayaan ini memerlukan penjamin?

Tiada penjamin yang diperlukan untuk kakitangan kerajaan / badan berkanun (BPA) dan kakitangan Swasta  (BPA) gaji RM1,500 ke atas. Seorang penjamin yang berkelayakan diperlukan untuk kakitangan swasta dan kakitangan kontrak bersambung kerajaan, kakitangan Swasta (BPA) gaji RM1,000-RM1,500 dan kakitangan Swasta (PGM).


Berapa lamakah tempoh bayaran balik pembiayaan?

Minimum 2 tahun dan maksimum 10 tahun atau umur pemohon 55 hingga 58 tahun pada tarikh ansuran terakhir yang mana terdahulu.


Berapakah kadar keuntungan yang dikenakan?

Kadar keuntungan bagi kakitangan kerajaan / badan berkanun (BPA) - 3.5% bagi tempoh setahun dan 5.95% bagi tempoh 2-10 tahun. Kadar keuntungan kakitangan swasta (BPA) - 6.5% bagi tempoh 1-10 tahun. Kadar keuntungan kakitangan swasta (PGM) - 7.5% bagi tempoh kurang 5 tahun, 8.0% bagi tempoh 5-7 tahun dan 8.5% bagi tempoh 7-10 tahun.


Bagaimanakah cara membayar balik pembiayaan Al Aslah MOCCIS?

Bayaran balik pembiayaan boleh dibuat melalui biro potongan ANGKASA atau pun melalui kaedah potongan gaji oleh majikan.


Adakah pembiayaan Al Aslah MOCCIS dilindungi insuran?
Peminjam  dilindungi oleh WASIAT ARB dimana bayaran balik pinjaman akan diuruskan oleh Amanah Raya ATAU sekiranya telah dilindungi wasiat,

Peminjam dilindungi perlindungan nyawa takaful. Kadar premium adalah bergantung kepada umur pemohon, jumlah pembiayaan serta tempoh bayaran balik. Sebagai contoh kadar premium seorang peminjam berumur 48 tahun dan mengambil pembiayaan RM30,000 melalui bayaran balik selama 3 tahun ialah sebanyak RM305.40 (RM10.18 untuk setiap ribu).


Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan?

Pemohon
  • 2 salinan kad pengenalan yang telah disahkan benar.
  • Slip gaji asal 3 bulan terakhir dan 2 salinan setiap satu yang telah disahkan benar oleh majikan
  • 1 salinan borang EPF / EA /EC / J yang telah disahkan benar
  • surat pengesahan daripada majikan di atas kepala surat rasmi yang menyatakan tempoh perkhidmatan dan gaji bulanan mengikut format yang disediakan oleh MOCCIS dan surat persetujuan daripada majikan di atas kepala surat rasmi untuk membuat potongan gaji mengikut format yang disediakan oleh MOCCIS.
  • Bil utiliti

Penjamin

  • 2 salinan kad pengenalan yang telah disahkan benar.
  • Slip gaji asal 3 bulan terakhir dan 2 salinan setiap satu yang telah disahkan benar oleh majikan
  • 1 salinan borang EPF / EA /EC / J yang telah disahkan benar
  • surat pengesahan daripada majikan di atas kepala surat rasmi yang menyatakan tempoh perkhidmatan dan gaji bulanan mengikut format yang disediakan oleh MOCCIS dan surat persetujuan daripada majikan di atas kepala surat rasmi untuk membuat potongan gaji mengikut format yang disediakan oleh MOCCIS
  • Bil utiliti

*pemohon dengan BPA tidak perlu penjamin.


Berapa lamakah tempoh permohonan untuk diluluskan?

Dalam tempoh 10 hari bekerja. Pemohon yang berjaya boleh memberikan akaun di bank rakyat sekiranya ada bagi tempoh kredit yg lebih cepat atau akaun bank lain. Wang pembiayaan akan dikreditkan terus ke akaun bank.

Bagaimanakah cara untuk memohon pembiayaan Al Aslah MOCCIS?

Dengan mengisi borang permohonan pembiayaan Al Aslah yang boleh di dapati di tingkat 5&4, Bangunan MOCCIS, No 17 Jalan Melaka, Kuala Lumpur. No talipon 03-20701787. Borang permohonan juga boleh dimuaturun dan diisi dari laman web. Permohonan yang telah siap diisi boleh dihantar ke MOCCIS berserta dokumen asal. Alamat laman web MOCCIS ialah www.moccis.org.
Atau;
Dengan mengisi e-aplikasi pinjaman online MOCCIS di sini


Adakah MOCCIS membenarkan pembiayaan ‘overlapping’?

Peminjam dibenarkan membuat ‘overlapping’ selepas tempoh 1 tahun tertakluk kepada penilaian MOCCIS.

Adakah MOCCIS membenarkan pemohon membuat pembayaran penuh (full settlement)?

Peminjam dibenarkan membuat pembayaran penuh pada bila-bila masa selagi pembiayaan masih belum selesai. Walau bagaimanapun kadar pemberian rebat oleh MOCCIS bergantung kepada baki tempoh pembiayaan yang belum selesai.


Apakah yang akan terjadi sekiranya peminjam meninggal dunia sebelum habis tempoh pembiayaan?

Waris peminjam dikehendaki memberitahu MOCCIS akan perkara ini dan MOCCIS akan menuntut baki yang belum dibayar dari pihak insuran.
Share