Keanggotaan

on . Posted in Produk

Bagaimana untuk menjadi anggota MOCCIS?

Keanggotaan adalah terbuka kepada semua Pegawai Melayu dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Eksekutif serta Kumpulan Sokongan (Kategori V dan VII) atau yang setaraf dengannya yang berkhidmat dengan :-

  • Kerajaan Persekutuan Negeri dan Kerajaan Tempatan

  • Badan-badan Berkanun atau

  • Syarikat-syarikat milik Kerajaan atau

  • MOCCIS atau subsidiarinya atau

  • Syarikat swasta yang mendapat kelulusan lembaga atau

  • Pegawai yang berkhidmat dengan Badan yang menyertai Skim Ansuran Murabahah

Anggota MOCCIS dikehendaki mencarum seminimum RM30.00sebulan secara potongan gaji. Caruman ini merupakan saham yuran bagi pengiraan dividen dan bonus jika ada.

Faedah & Kemudahan Anggota

1. Skim Pembiayaan i-Aslah

  • Pembiayaan mengikut hukum syarak dengan had maksimum sehingga RM 200,000.00 dan tempoh bayaran balik pembiayaan sehingga 15 tahun untuk skim i-Aslah (peribadi). Caj yang dikenakan juga adalah berpatutan. (4.9% - semasa)

2. Kelonggaran Mengekalkan Keanggotaan selepas Persaraan

  • Selepas persaraan, anggota MOCCIS masih boleh mendapat faedah seperti biasa dengan syarat-syarat tertentu. Anggota MOCCIS yang telah bersara masih boleh mengeluarkan idea dan pendapat untuk kepentingan bersama.

3. Dividen/Bonus Atas Simpanan

  • MOCCIS mengenakan yuran anggota (simpanan) RM30 dan dividen/bonus akan diberikan mengikut peratus simpanan.

Sila muat turun dan lengkapkan Borang Keanggotaan di bawah:

Seterusnya, hantar Borang Keanggotaan anda kepada :-

Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu
Malaysia Berhad (MOCCIS)
NO.27-3, Jelatek Business Centre,
Jalan Jelatek 2, Off Jalan Jelatek,
54200 KL,WP

Share