Maklumat MyEG

Written by myeg on . Posted in Produk

 

MyEG Services Berhad merupakan sebuah syarikat pemegang kerajaan elektronik Malaysia di bawah aplikasi Perdana MSC. Berperanan sebagai pembekal aplikasi e-khidmat yang menghubungkan pihak kerajaan, rakyat dan syarikat perkhidmatan.

Melalui portal kami, rakyat Malaysia berpeluang untuk berinteraksi kepada mana-mana badan kerajaan melalui satu pusat sehenti. Portal kami juga membolehkan rakyat Malaysia untuk berinteraksi dengan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan kerajaan tempatan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada pencarian maklumat sehinggalah kepada permohonan lesen.

Untuk menyediakan perkhidmatan yang memerlukan interaksi fizikal, MyEG telah mewujudkan Pusat Ujian di seluruh negara. Kami percaya melalui pendekatan ini, kami boleh menambahkan lagi cabang interaksi di antara kerajaan Malaysia dan rakyatnya.

Share