Wasiat

on . Posted in Produk

Pengenalan

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.

Syarat-Syarat

Wasiat Islam

  • Pembahagian harta pusaka boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui Faraid
  • Hanya satu pertiga daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwariskan. Dua pertiga daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.
  • Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.

Wasiat Bukan Islam

  • Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
  • Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958.

Penulisan, Penyimpanan & Perlaksanaan

Amanah Raya Berhad

Fi Perkhidmatan

  • Wasiat Islam : RM350
  • Wasiat Bukan Islam : RM350

Faedah Penulisan Wasiat

  • Memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian
  • Menzahirakan hasrat pengagihan harta untuk tujuan kebajikan dan keluarga tersayang.
  • Menjamin masa depan insan yang anda sayangi dengan pembahagian yang dihasratkan.
  • Perlantikan Penjaga yang dipercayai bagi menjamin kebajikan dan kepentingan anak-anak bawah umur selepas kematian.
  • Mengurangkan beban-beban yang terpaksa ditanggung oleh waris-waris yang ditinggalkan.

*Sumber:Amanah Raya Berhad

Borang permohonan yang telah dikemaskini, hendaklah dihantar kepada syarikat Moccis yang beralamat;

Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu
Malaysia Berhad (MOCCIS)
NO.27-3, Jelatek Business Centre,
Jalan Jelatek 2, Off Jalan Jelatek,
54200 KL,WP

Muat turun borang di SINI 

Share